Sesungguhnya
banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau
pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada
kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.
Uniknya nombor 9 ini kerana
ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus beberapa kebetulan
apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.
Sebenarnya ada banyak magik
yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada
kami akan beri 3
sahaja.
1. Apabila kita lihat kepada
sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang
apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..
2. Sekiranya 2 digit nombor
yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah
seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22
x 9 = 198
contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297
contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396
Mudah bukan?
3. Kini bagaimana pula
sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas,
kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9
tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998
Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997
Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun
mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996