Selasa, 20 November 2012

Matemagik



Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.
Uniknya nombor 9 ini kerana ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.
Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja.
1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..

2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198

contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297

contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396

Mudah bukan?

3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998

Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997

Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...