Isnin, 3 Disember 2012
Sabtu, 1 Disember 2012
Khamis, 29 November 2012
Isnin, 26 November 2012
Sabtu, 24 November 2012
Jumaat, 23 November 2012
Khamis, 22 November 2012
Rabu, 21 November 2012
Bentuk
Bentuk
Soalan :
1. Nyatakan bilangan bentuk :
bulatan = .............
segi tiga = .............
segi empat tepat = .................
segi empat sama = ................
Selasa, 20 November 2012
Matemagik
Sesungguhnya
banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau
pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada
kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.
Uniknya nombor 9 ini kerana
ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus beberapa kebetulan
apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.
Sebenarnya ada banyak magik
yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada
kami akan beri 3
sahaja.
1. Apabila kita lihat kepada
sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang
apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..
2. Sekiranya 2 digit nombor
yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah
seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22
x 9 = 198
contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297
contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396
Mudah bukan?
3. Kini bagaimana pula
sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas,
kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9
tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998
Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997
Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun
mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996
Isnin, 19 November 2012
Jumaat, 16 November 2012
Khamis, 15 November 2012
Rabu, 14 November 2012
Pecahan
Mata pelajaran : Matematik Tahun 3
Tajuk : Memperkenalkan pecahan
Masa : 8.15 - 10.15
Kelas : 3 Melati
1. Penerangan oleh guru.
2. Menunjukkan konsep pecahan
Ahad, 11 November 2012
Sabtu, 10 November 2012
Jumaat, 9 November 2012
Khamis, 8 November 2012
Selasa, 6 November 2012
Isnin, 5 November 2012
Tolak
Vedio yang sesuai untuk P&P dengan tajuk tolak.
Saranan penggunaan vedio :
1. set induksi
2. pengayaan
Saranan penggunaan vedio :
1. set induksi
2. pengayaan
Ahad, 4 November 2012
Timbangan berat
Mass / Jisim / Timbangan Berat
Kemahiran asas bagi tajuk ini ialah kemahiran membaca muka penimbang. Kemahiran ini dipelajari sedari tahun 3 lagi. Kemahiran ini dianggap mudah oleh murid-murid hingga mereka mengabaikannya sedangkan ia merupakan satu markah yang amat penting dan mudah diperolehi. Walaupun dianggap mudah, namun ia adalah kemahiran yang wajib dikuasai kerana ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita terutamanya dalam urusan jual beli.
A. Berikut ialah antara pengetahuan asas berkaitan kemahiran ini :
1) Penimbang yang biasa digunakan adalah menggunakan dua unit utama iaitu
kilogram dan gram.
2) Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya ialah
gram.
Contoh : tepung, gula, dan garam.
3) Bagi objek yang jisimnya lebih berat, unit timbangan yang digunakan ialah
kilogram.
Contohnya: manusia, haiwan, batu-batan dan objek-objek yang banyak bilangannya.
Jenis-jenis penimbang.
Langgan:
Catatan (Atom)











